Point2sop

Followers

Wednesday, November 30, 2011

Mahu pergi mengerjakan Umrah.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

TabungUmrah.com dikendalikan oleh KOPERASI AGRO JAYA KEDAH BERHAD ( Reg No: K-5-0535 )
beralamat di No.17 Jalan 11, Taman Putra, 68000 Ampang, Selangor

TabungUmrah.com dilengkapi dengan program reseller menawarkan peluang pendapatan dan tiket percuma menunaikan ibadah Umrah. Hanya dengan menabung minimal RM50, anda berpeluang menjana pendapatan hebat dan tiket percuma Umrah, Serta layak menerima imbuhan sebesar 42,86% setiap jemaah dan bakal mengecapi keuntungan selepas ini.

Untuk maklumat lanjut;
http://www.TabungUmrah.com/affifrosli
http://www.TabungUmrah.com/affifrosli
http://www.TabungUmrah.com/affifrosli

Program ini sungguh MUDAH. Cuma SMS dan EMAIL laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami buatkan untuk anda.

Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran program TabungUmrah.com, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.

Terima kasih
---
MUHAMMAD AFFIF BIN MOHD ROSLI
Layari http://www.TabungUmrah.com/affifrosli

Tuesday, November 1, 2011

KOD ETIKA KONTRAKTOR

PRINSIP I : JUJUR MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB

1. Semua kontraktor mestilah melaksanakan semua kerja pembinaan dengan jujur, berintegriti dan bertanggungjawab dengan adil, saksama dan cemerlang dengan matlamat

bagi memenuhi kepuasan pelanggan melalui pencapaian tahap kualiti yang dipersetujui atau ditetapkan.

2. Semua kontraktor mestilah menolak sebarang bentuk rasuah yang merangkumi pemberian atau penerimaan habuan yang tertentu atau aktiviti yang tidak beretika yang ditolak oleh masyarakat dalam mana-mana proses perolehan dan perlaksanaan projek pembinaan.

3. Semua kontraktor mestilah meletakkan aspek amanah sebagai satu kekuatan unjuran (driving force) bagi melaksanakan kerja pembinaan dengan sempurna dan penuh tanggungjawab.

4. Semua kontraktor mestilah menjalankan perniagaannya dengan cara atau mekanisma yang mencerminkan imej yang baik serta gambaran yang sihat terhadap syarikat, persatuan yang dianggotai, industri pembinaan serta negara umumnya.

5. Semua kontraktor mestilah memberikan keutamaan untuk melaksanakan kerja pembinaan dengan komitmennya sendiri dan mengelakkan pemberian kerja secara total atau berkali-kali yang boleh menjejaskan penyampaian kerja, kualiti perkhidmatan atau produk pembinaan. Semua pemberian kerja mestilah dipantau dengan rapi supaya perkhidmatan yang berkualiti dapat dikekalkan.

6. Semua kontraktor mestilah mengelakkan diri dari mengesahkan perlaksanaan kerja pembinaan kontraktor atau sub-kontraktor lain kecuali perkhidmatan itu telah diurus dan dipantau dengan rapi oleh pihaknya sendiri.

7. Semua kontraktor mestilah mengelakkan dari mengguna dokumen palsu atau iklan yang mengelirukan bagi apaapa tujuan yang berkaitan perolehan lesen atau kontrak serta perlaksanaan kerja pembinaan.

8. Semua kontraktor mestilah menghormati sensitiviti dan kerahsiaan maklumat yang diperolehi semasa menyampaikan perkhidmatan pembinaan dan tidak boleh membocorkan sebarang maklumat yang berkaitan kerja pembinaannya yang boleh mengancam kepentingan mana-mana pihak.

9. Semua kontraktor mestilah memaklumkan kepada pelanggannya sebarang percanggahan kepentingan (conflict of interest) yang timbul sepanjang perlaksanaan projek pembinaan.

10. Semua kontraktor mestilah mengelakkan diri dari membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan serta berbentuk fitnah dengan niat menimbulkan keadaan huru-hara atau impak yang negatif terhadap mana-mana individu atau organisasi atau pihak-pihak lain yang berkaitan dengannya.

11. Semua kontraktor mestilah memberikan persetujuan bertulis kepada pelanggannya terhadap mana-mana dokumen kontrak, lukisan rekabentuk, spesifikasi bahan dan perancangan pembinaan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja pembinaan termasuk bagi kerjakerja tambahan.

12. Semua kontraktor mestilah menggunakan kadar nilai harga sepertimana yang termaktub dalam perjanjian kontraknya sama ada secara lisan atau bertulis dan sebarang perubahan hanya akan berkuatkuasa apabila mendapat persetujuan bersama secara bertulis dengan

pihak pelanggan. Semua kontraktor mestilah juga memberikan anggaran kos terperinci, jadual perlaksanaan kerja serta jadual bayaran dan menandatangani semua kontrak

perjanjian (jika ada) sebelum memulakan kerja pembinaannya.

13. Semua kontraktor mestilah memaklumkan kepada pelanggan mengenai semua perkhidmatan sub-kontraktor yang akan digunakan sepanjang tempoh kerja pembinaannya.

14. Semua kontraktor mestilah menyiapkan kerja pembinaannya dalam tempoh masa yang telah dipersetujui di dalam kontrak. Tambahan atau lanjutan tempoh penyiapan hanya dibenarkan dengan persetujuan bersama pelanggan setelah alas an lanjutan dikemuka dan difahami oleh kedua-dua pihak.

15. Semua kontraktor mestilah menjaga setiap aset dan premis pelanggan yang di bawah pengawasannya semasa kerja pembinaan dijalankan dan memeliharanya sebaik mungkin

secara penuh hormat dan diserah semula kepada pelanggan dalam keadaan yang bersih dan berfungsi sepertimana yang dijanjikan.

16. Semua kontraktor mestilah berusaha memberikan maklum balas kepada pelanggan atau pihak-pihak yang berkepentingan terhadap sebarang pertanyaan, penjelasan atau pertikaian darihal kerja pembinaannya dengan kadar yang segera.

17. Semua kontraktor mestilah memperakukan hasil kerja pembinaannya dan bertanggungjawab bagi segala yang termaktub dalam perjanjian kontrak. Semua kontraktor juga mestilah bertanggungjawab terhadap kecacatan dalam bahan binaan dan perkhidmatannya dan melaksanakan pembetulan atau pembaikan dengan cara dan masa yang dipersetujui bersama pelanggannya dengan mengambilkira warranty yang ditetapkan bagi manamana skop pembinaan yang terlibat.

18. Semua kontraktor mestilah mengadakan pemeriksaan bersama (joint inspection) dengan pelanggannya dan menyiapkan semua kerja yang tergendala atau tidak sempurna sebelum menerima bayaran akhir.

19. Semua kontraktor mestilah mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap pembayaran bagi perkhidmatan yang disediakan oleh semua rakan kongsi, sub-kontraktor, pembekal bahan binaan, pembekal mesin dan jentera, pembiaya kewangan serta pihak-pihak lain yang terlibat dengan projek pembinaannya secepat mungkin mengikut terma kontrak yang dipersetujui.

20. Semua kontraktor mestilah tidak mengambil kesempatan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan serta mana-mana pihak yang berkaitan dalam menyampaikan perkhidmatan pembinaan.


PRINSIP 2 : PEMATUHAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

1. Semua kontraktor yang berdaftar dengan badan-badan berkepentingan dalam industri pembinaan mestilah mematuhi dan menerima pakai semua peraturan, panduan dan keputusan

yang diperakukan oleh pihak yang berkenaan sepanjang masa.

2. Semua kontraktor mestilah menggunakan perkhidmatan sub-kontraktor yang berketerampilan dan sah berdaftar dari segi undang-undang serta pekerja binaan mahir dan kompeten yang diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

3. Semua kontraktor mestilah memberikan keutamaan menggunakan perkhidmatan pekerja binaan tempatan dan sama sekali tidak menggunakan perkhidmatan Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI). Pekerja-pekerja ini mestilah bukan di bawah umur.

4. Semua kontraktor mestilah memahami dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh sistem perundangan negara dan agensi-agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dengan segala aspek yang berkaitan dengan kerja pembinaan dan industry pembinaan.

5. Semua kontraktor mestilah mengelakkan diri dari terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap penggunaan pelanggan (pemunya projek, pembekal bahan binaan dan jentera, pembiaya kewangan dan lain-lain) yang diketahui sebagai entiti yang menjalankan operasi berbentuk penipuan atau bentuk lain yang salah di sisi undang-undang negara.


PRINSIP 3 : PENGHORMATAN KEPADA INDIVIDU DANMASYARAKAT

1. Semua kontraktor mestilah mengutamakan perasaan hormat menghormati terhadap semua pihak yang terlibat dalam sesebuah projek pembinaan termasuklah menghormati nilai, sejarah, agama, kepercayaan dan kebudayaan masyarakat tempatan sepanjang tempoh melaksanakan kerja pembinaan.

2. Semua kontraktor mestilah mengelak dari mengamalkan diskriminasi dalam sebarang bentuk berasaskan kaum, umur, jantina, negeri dan negara asal, keupayaan atau orientasi seksual dalam masa perlaksanaan semua aktiviti pembinaan.

3. Semua kontraktor mestilah memastikan bahawa setiap pekerjanya disediakan persekitaran kerja yang memuaskan, dilayan dengan adil, dibayar dengan ganjaran yang setimpal dan membantu mereka dari aspek pembangunan kerjaya serta kebajikan dengan sewajarnya.


PRINSIP 4 : KEPENTINGAN KUALITI, KEMAHIRAN DAN PIAWAIAN

1. Semua kontraktor mestilah berusaha untuk mengekal, memantap dan meningkatkan lagi kecekapan, kepakaran dan profesionalisma serta memberi galakan yang sama kepada pekerja-pekerjanya.

2. Semua kontraktor mestilah menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan diperakukan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

dengan jumlah yang mencukupi bagi menyempurnakan kerja pembinaan mengikut kontrak yang dipersetujui.

3. Semua kontraktor mestilah menyelesai dan menyempurnakan mana-mana satu dan semua projek pembinaan menurut amalan standard industri pembinaan yang diterima oleh semua pihak.

4. Semua kontraktor mestilah mengelakkan diri dari menerima projek pembinaan di luar keupayaan dan sebaliknya memberi keutamaan kepada projek-projek pembinaan yang mempunyai hubungkait dengan bidang kepakaran serta kemampuannya termasuklah kemampuan kewangan.

5. Semua kontraktor mestilah menggunakan bahan dan perkakasan yang memenuhi kualiti yang ditetapkan dan tidak akan cuba menggunakan bahan dan perkakasan yang tidak lagi dibenarkan penggunaannya.

PRINSIP 5 : KEPENTINGAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBAJIKAN

1. Semua kontraktor mestilah memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan tempat kerja serta kawasan persekitaran supaya kerja pembinaan dan hasilnya tidak

membahayakan (penyakit, kecederaan atau kematian) kepada mana-mana individu yang mempunyai hubungkait dengan perlaksanaan kerja pembinaan, masyarakat sekeliling tapak pembinaan dan sebagainya.

2. Semua kontraktor mestilah menitikberatkan aspek kebajikan semua pekerjanya atas dasar peri-kemanusiaan dalam semua keadaan sepanjang perkhidmatan mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh peruntukan undang-undang.

PRINSIP 6 : KEPENTINGAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

1. Semua kontraktor mestilah melaksanakan kerja pembinaannya dengan penuh pengawasan terhadap alam persekitaran dengan mematuhi semua prosedur yang ditetapkan oleh agensi Kerajaan yang bertanggungjawab. Ini termasuklah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan pembaziran sumber asli (natural resources), melupuskan lebihan bahan pembinaan secara tidak bertanggungjawab atau tindakan-tindakan lain yang boleh mengakibatkan kerosakan alam sekitar.

2. Semua kontraktor mestilah mempunyai polisi dalaman mengenai prinsip ini jika tidak diwajibkan di dalam mana-mana peruntukan undang-undang.